👉Assalamualaikum
wbt dan salam sejahtera. 👈
Kubur Batu Kepingan turut dikenali
sebagai Slab Grave merupakan salah satu jenis tradisi pengebumian yang
diamalkan oleh masyarakat prasejarah akhir. Reka bentuk kubur ini mudah untuk
dikenali disebabkan di bahagian dalamnya iaitu dasar atau lantainya dihampar
dengan batu granit, manakala bahagian dindingnya pula disusun secara bertindih
dengan batu sehingga membentuk keranda batu. Kubur batu kepingan banyak
didapati di kawasan Lembah Bernam di Perak.
Kubur kepingan batu di Malaysia ini
dapat dicirikan dengan terdiri daripada kepingan batu granit yang bersaiz besar
yang disusun seolah-olah membentuk keranda. Kebiasaannya, ukuran di bahagian
kepala kubur lebih lebar berbanding dengan ukuran di bahagian kaki. Terdapat
juga beberapa jenis objek atau peralatan lain yang digunakan sebagai objek
iringan seperti manik, serpihan tembikar dan periuk belanga.
Tambahan lagi, ciri kubur kepingan batu
dari segi pentakhiran pula didapati tiada data yang tepat mengenai tarikh sebenar
kebudayaan kubur batu kepingan ini. Namun, penyelidik ada menyatakan bahawa
amalan budaya kubur batu kepingan ini dipercayai bermula sejak zaman logam lagi
dan berterusan ke zaman protosejarah sehingga berakhir sebelum 1400 Masihi
lagi. Oleh itu, kajian yang lebih komprehensif perlu dilakukan untuk
mendapatkan tarikh yang sebenar tentang kubur batu kepingan bermula di
Malaysia.
Kesimpulannya, kubur kepingan batu ini
merupakan amalan masyarakat pesisir pantai di Lembah Bernam, Perak yang
terutamnya di kawasan Sungkai, Changkat Mentri dan Slim River. Di mana, teknik
pengebumiannya menggunkan kepingan batu granit yang disusun secara brtindih dan
membentuk keranda.
Sekian, Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment