Thursday 1 June 2017

CIRI-CIRI PENGEBUMIAN KERANDA KAYU BALAK DI SABAH.


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.👀👀

Pengebumian keranda kayu balak merupakan salah satu tradisi pengebumian kuno di Sabah. Perkara ini berlaku sejak 1300 tahun dahulu lagi. Pengebumian keranda kayu balak ini merupakan tradisi masyarakat Orang Sungai dan Subpan malahan pengebumian ini khususnya di pantai timur sabah iaitu di Kinabatangan, Lahad Datu dan Semporna. Pengebumian keranda kayu balak ini banyak ciri-cirinya.

Antara ciri pengebumian keranda kayu balak yang berada di Sabah ialah keranda kayu balak itu mempunyai ukiran atau figura pada bahagian keranda tersebut. Ukiran atau figura yang terdapat pada keranda tersebut ialah ukiran seladang, mulut buaya dan bahagian ekor ikan. Melalui ukiran atau figura yang terdapat pada keranda kayu balak ini dapat mengambarkan keperibadian orang yang mati itu.

Selain itu, ciri pengebumian keranda kayu balak ini ialah dengan penggunaan batang kayu yang dibelah dua. Stelah kayu balak ini dibelah, kayu balak tersebut akan dikeruk atau ditebuk menjadi sebagai sebuah keranda. Semasa pengebumian ukuran mayat akan diambil bagi menempatkan mayat dalam keranda tersebut.

Seterusnya, pengebumian keranda kayu balak ini mempunyai dua kaedah atau teknik. Antaranya ialah teknik pengebumian berpangkin dan teknik pengebumian tidak berpangkin. Pada teknik pengebumian berpangkin ini ialah menggunakan empat tiang yang akan diletakkan di atas palang pada empat bahagian dan diletakkan di kawansan gua yang besar. Manakala, teknik pengebumian tidak berpangkin hanya menggunakan dua tiang sahaja dan di dokong oleh dengan dinding gua.

Keranda kayu balak ini juga bermotifkan manusia. Motif manusia juga dikatakan motif anthropomorfik dimana dijadikan motif polahias keranda kayu balak di Sabah yang khususnya di Kinabatangan dan Segama. Motif ini juga disusun sama seperti motif lain iaitu tidak mempunyai rukun atau syarat tertentu dan bersifat bebas. Motif manusia ini boleh diletakkan di mana-mana bahagian pada penutup keranda tersebut. Antara motif manusia yang terdapat pada keranda ini ialah manusia sedang mengangkat tangan seperti berdoa ,motif manusia sedang duduk dan memakai mahkota dan pelbagai lagi.

Kesimpulannya, pengebumian keranda kayu balak ini dapat dilihat dari zaman pensejarahan lagi. Malahan, kewujudan keranda kayu balak ini dapat menggambarkan ciri yang terdapat pada keranda tersebut.


Sekian, Terima Kasih👋👋

No comments:

Post a Comment

CIRI-CIRI PENGEBUMIAN KERANDA KAYU BALAK DI SABAH.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.👀👀 Pengebumian keranda kayu balak merupakan salah satu tradisi pengebumian kuno di Sabah. P...