Thursday 1 June 2017

CIRI-CIRI PENGEBUMIAN KERANDA KAYU BALAK DI SABAH.


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.👀👀

Pengebumian keranda kayu balak merupakan salah satu tradisi pengebumian kuno di Sabah. Perkara ini berlaku sejak 1300 tahun dahulu lagi. Pengebumian keranda kayu balak ini merupakan tradisi masyarakat Orang Sungai dan Subpan malahan pengebumian ini khususnya di pantai timur sabah iaitu di Kinabatangan, Lahad Datu dan Semporna. Pengebumian keranda kayu balak ini banyak ciri-cirinya.

Antara ciri pengebumian keranda kayu balak yang berada di Sabah ialah keranda kayu balak itu mempunyai ukiran atau figura pada bahagian keranda tersebut. Ukiran atau figura yang terdapat pada keranda tersebut ialah ukiran seladang, mulut buaya dan bahagian ekor ikan. Melalui ukiran atau figura yang terdapat pada keranda kayu balak ini dapat mengambarkan keperibadian orang yang mati itu.

Selain itu, ciri pengebumian keranda kayu balak ini ialah dengan penggunaan batang kayu yang dibelah dua. Stelah kayu balak ini dibelah, kayu balak tersebut akan dikeruk atau ditebuk menjadi sebagai sebuah keranda. Semasa pengebumian ukuran mayat akan diambil bagi menempatkan mayat dalam keranda tersebut.

Seterusnya, pengebumian keranda kayu balak ini mempunyai dua kaedah atau teknik. Antaranya ialah teknik pengebumian berpangkin dan teknik pengebumian tidak berpangkin. Pada teknik pengebumian berpangkin ini ialah menggunakan empat tiang yang akan diletakkan di atas palang pada empat bahagian dan diletakkan di kawansan gua yang besar. Manakala, teknik pengebumian tidak berpangkin hanya menggunakan dua tiang sahaja dan di dokong oleh dengan dinding gua.

Keranda kayu balak ini juga bermotifkan manusia. Motif manusia juga dikatakan motif anthropomorfik dimana dijadikan motif polahias keranda kayu balak di Sabah yang khususnya di Kinabatangan dan Segama. Motif ini juga disusun sama seperti motif lain iaitu tidak mempunyai rukun atau syarat tertentu dan bersifat bebas. Motif manusia ini boleh diletakkan di mana-mana bahagian pada penutup keranda tersebut. Antara motif manusia yang terdapat pada keranda ini ialah manusia sedang mengangkat tangan seperti berdoa ,motif manusia sedang duduk dan memakai mahkota dan pelbagai lagi.

Kesimpulannya, pengebumian keranda kayu balak ini dapat dilihat dari zaman pensejarahan lagi. Malahan, kewujudan keranda kayu balak ini dapat menggambarkan ciri yang terdapat pada keranda tersebut.


Sekian, Terima Kasih👋👋

CIRI-CIRI TEMBIKAR DAN KEPENTINGANNYA KEPADA MASYARAKAT NEOLITIK DI MALAYSIA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Zaman neolitik juga turut dikenali sebagai zaman batu baru. Zaman ini dianggarkan berlangsung pada di antara 5, 000 SM sehingga 3, 000 SM. Zaman ini juga berlakunya perkembangan dimana daripada batu kepada tembikar, mula bercucuk tanam dan memelihara binatang ternakan. Pada zaman ini juga tembikar yang digunakan mempunyai cirinya yang tersendiri dan mempunyai kepentingannya kepada masyarakat neolitik di Malaysia.

Antara ciri tembikar pada zaman neolitik ini ialah diperbuat daripada tanah liat. Tembikar yang digunakan diperbuat daripada tanah liat. Hal ini dapat dilihat di Bukit Tengkorak, Sabah. Malahan, penggunaan tembikar yang diperbuat daripada tanah liat akan dijual atau diperdagangkan.

Selain itu, terdapat juga tembikar yang kemas di bahagian permukaannya. Dimana permukaan di atasnya digilap dan ada juga yang tidak digilap. Bukti yang menunjukkan bekas tembikar ini digilap ataupun tidak ialah di Bintulu iaitu di Lobang Batu Puteh. Tambahan lagi, tembikar ini juga mempunyai permukaan luar yang kasar. 

Di samping itu, tembikar ini juga berperanan untuk kepentingan harian mereka. Penggunaan harian ini seperti memasak dan meyediakan makanan. Oleh itu, dinding alat tembikar ini perlulah mempunyai ketebalan yang berkualiti.
Tambahan lagi, penggunaan tembikar tanah ini penting bagi upacara pengebumian. Dimana, mayat orang yang mati akan dikebumikann dengan alatan tembikar tersebut. Hal ini merupakan kepercayaan anismisme.

Kesimpulannya, tembikar tanah pada zaman neolitik ini mempunyai cirinya yang tersendriri. Malahan, tembikar ini juga memberikan kepentingan kepada masyarakat neolitik dimana terutamanya dalam kehidupan harian mereka.


KUBUR BARU KEPINGAN


 ðŸ‘‰Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. 👈

Kubur Batu Kepingan turut dikenali sebagai Slab Grave merupakan salah satu jenis tradisi pengebumian yang diamalkan oleh masyarakat prasejarah akhir. Reka bentuk kubur ini mudah untuk dikenali disebabkan di bahagian dalamnya iaitu dasar atau lantainya dihampar dengan batu granit, manakala bahagian dindingnya pula disusun secara bertindih dengan batu sehingga membentuk keranda batu. Kubur batu kepingan banyak didapati di kawasan Lembah Bernam di Perak.

      

Kubur kepingan batu di Malaysia ini dapat dicirikan dengan terdiri daripada kepingan batu granit yang bersaiz besar yang disusun seolah-olah membentuk keranda. Kebiasaannya, ukuran di bahagian kepala kubur lebih lebar berbanding dengan ukuran di bahagian kaki. Terdapat juga beberapa jenis objek atau peralatan lain yang digunakan sebagai objek iringan seperti manik, serpihan tembikar dan periuk belanga.


Tambahan lagi, ciri kubur kepingan batu dari segi pentakhiran pula didapati tiada data yang tepat mengenai tarikh sebenar kebudayaan kubur batu kepingan ini. Namun, penyelidik ada menyatakan bahawa amalan budaya kubur batu kepingan ini dipercayai bermula sejak zaman logam lagi dan berterusan ke zaman protosejarah sehingga berakhir sebelum 1400 Masihi lagi. Oleh itu, kajian yang lebih komprehensif perlu dilakukan untuk mendapatkan tarikh yang sebenar tentang kubur batu kepingan bermula di Malaysia.

Kesimpulannya, kubur kepingan batu ini merupakan amalan masyarakat pesisir pantai di Lembah Bernam, Perak yang terutamnya di kawasan Sungkai, Changkat Mentri dan Slim River. Di mana, teknik pengebumiannya menggunkan kepingan batu granit yang disusun secara brtindih dan membentuk keranda.

Sekian, Terima Kasih.

CIRI-CIRI PENGEBUMIAN KERANDA KAYU BALAK DI SABAH.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.👀👀 Pengebumian keranda kayu balak merupakan salah satu tradisi pengebumian kuno di Sabah. P...