Hari ini kita akan membincangkan mengenai arkeologi. Apakah itu arkeologi ? dan kepentingannya ? untuk siapa kepentingannya ?
Melalui hasil pembelajaran saya, arkeologi membawa maksud satu disiplin dalam bidang sains sosial dengan membina semula tingkah laku manusia pada asas bahan yang ditinggalkan oleh nenek moyang mereka, Pagan (1996). Arkeologi terbahagi kepada dua yang pertama archaelogy dan archeology.
Arkeologi ini berasal daripada perkataan Greek atau greek kuno iaitu arkhaios dan logia. Tambahan lagi, logia berasal daripada perkatanan logos. Logos ini membawa maksud otak atau akal yang merujuk kepada ilmu.
Di samping itu, arkeologi turut membawa maksud ilmu yang berkaitan dengan kepurbaan atau ilmu-ilmu kepurbakalaan. Malahan, arkeologi telah merujuk kepada yang mengkaji tentang kemasyarakatan atau gaya hidup manusia berdasarkan kepada penemuan dan analisis terhadap budaya kebendaan termasuklah artefak, artitektur, biofak dan landskap kebudayaan.
Justeru itu, jelas dapat di lihat bahawa arkeologi ini mempunyai kepentingan tersendiri sehingga kini. Antara kepentingannya ialah dapat mengenal pasti usia sesuatu benda yang dijumpai seperti artifak. Penemuan artifak ini akan menjadikan ahli-ahli arkeologi untuk mengetahui usia artifak tersebut bagi mendapatkan pentarikhan artifak tersebut. Pentarikhan ini juga penting kerana dapat membuktikan kewujudannya dengan lebih tepat.
Selain itu, arkeologi ini penting bagi mengetahui kehidupan masyarakat lampau atau masyarakat purba. Dapat di lihat bahawa melalui arkeologi ini mampu merungkai tradisi dan budaya masyarakat pada zaman lampau yang pernah mereka lalui. Contohnya, penemuan perkakasan tembikar tanah di Gua Cha, Kelantan. Hasil penemuan ini, para arkeologi dapat mengenalpasti cara hidup mereka dengan lebih jelas berdasarkan motif dan bentuk pada perkakasan tersebut .
Kesimpulanya, arkeologi mampu memberi kefahaman kepada kita untuk mengetahui atau memahami kehidupan masyarakat zaman lampau.
Sekian, Terima Kasih☺☺☺
No comments:
Post a Comment