Wednesday 31 May 2017

ZAMAN PLEISTOSEN DI ASIA TENGGARA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

“MARI BINCANGKAN PERSEKITARAN ZAMAN PLEISTOSEN DI ASIA TENGGARA”

Zaman pleistosen terbahagi kepada tiga zaman iaitu pleistosen awal, pleistosen pertengahan dan pleistosen akhir. Zaman pleistosen ini telah wujud sejak 1.7 juta tahun terdahulu. Sepanjang zaman pleistosen ini telah berlakunya perubahan iklim di mana yang disebut atau dikenali sebagai glasial dan inter-glasial. Malahan, zaman pleistosen juga mengalami perubahan paras laut yang menjadikan perubahan kepada alam sekitar.

Zaman pleistosen ini juga telah memberi impak yang besar kepada kehidupan manusia, alam sekitar dan flora dan fauna.
Antara gambaran yang dapat digambarkan pada zaman pleistosen di Asia Tenggara ini ialah berlakunya zaman glasial. Zaman glasial ini telah berlakunya penurunan paras laut yang disebabkan iklim cuaca yang sejuk sehingga menjadikan air laut membeku. Disebabkan berlakunya glasial ini munculnya dataran Sunda dan dataran Sahul.

Seterusnya pada zaman pleistosen ini, berlakunya zaman inter-glasial. Inter-glasial merupakan zaman dimana berlakunya letusan gunung berapi di Toba iaitu sebanyak dua kali. Letusan gunung berapi yang berlaku ini menyebabkan berlakunya pencairan ais sehingga menyebabkan berlakunya paras air laut meningkat sehingga menjadikan dataran Sahul dan Sunda tenggelam. Pencairan ais ini berlaku di Kutub Utara dan Kutub Selatan. Kenaikan air ini menyebabkan haiwan yang tinggal di situ berhijrah ke kawasan yang lain.

Pada zaman pleistosen ini juga adanya kewujudan flora. Namun, kewujudan flora tidak banyak disebabkan faktor cuaca dan persekitan yang tidak menentu. Persekitan yang kering, dan dingin menjdikan tumbuhan susah untuk hidup di sana. Suasana dan persekitan yang tidak menentu telah menjadikan flora dan fauna kian pupus.

Kesimpulannya, pada zaman pleistosen ini telah banyak berlakunya perubahan sehingga memberikan kesan kepada masyarakat, haiwan dan kehidupan pada zaman itu.

WHAT IS ARCHEOLOGY ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Hari ini kita akan membincangkan mengenai arkeologi. Apakah itu arkeologi ? dan kepentingannya ? untuk siapa kepentingannya ?




Melalui hasil pembelajaran saya, arkeologi membawa maksud satu disiplin dalam bidang sains sosial dengan membina semula tingkah laku manusia pada asas bahan yang ditinggalkan oleh nenek moyang mereka, Pagan (1996). Arkeologi terbahagi kepada dua yang pertama archaelogy dan archeology.
Arkeologi ini berasal daripada perkataan Greek atau greek kuno iaitu arkhaios dan logia. Tambahan lagi, logia berasal daripada perkatanan logos. Logos ini membawa maksud otak atau akal yang merujuk kepada ilmu.

Di samping itu, arkeologi turut membawa maksud ilmu yang berkaitan dengan kepurbaan atau ilmu-ilmu kepurbakalaan. Malahan, arkeologi telah merujuk kepada yang mengkaji tentang kemasyarakatan atau gaya hidup manusia berdasarkan kepada penemuan dan analisis terhadap budaya kebendaan termasuklah artefak, artitektur, biofak dan landskap kebudayaan.

Justeru itu, jelas dapat di lihat bahawa arkeologi ini mempunyai kepentingan tersendiri sehingga kini. Antara kepentingannya  ialah dapat mengenal pasti usia sesuatu benda yang dijumpai seperti artifak. Penemuan artifak ini akan menjadikan ahli-ahli arkeologi untuk  mengetahui usia artifak tersebut bagi mendapatkan pentarikhan artifak tersebut. Pentarikhan ini juga penting kerana dapat membuktikan kewujudannya dengan lebih tepat.

Selain itu, arkeologi ini penting bagi mengetahui kehidupan masyarakat lampau atau masyarakat purba. Dapat di lihat bahawa melalui arkeologi ini mampu merungkai tradisi dan budaya masyarakat pada zaman lampau yang pernah mereka lalui. Contohnya, penemuan perkakasan tembikar tanah di Gua Cha, Kelantan. Hasil penemuan ini, para arkeologi dapat mengenalpasti cara hidup mereka dengan lebih jelas berdasarkan motif dan bentuk pada perkakasan tersebut .

Kesimpulanya, arkeologi mampu memberi kefahaman kepada kita untuk mengetahui atau memahami kehidupan masyarakat zaman lampau.



Sekian, Terima Kasih☺☺☺


CIRI-CIRI PENGEBUMIAN KERANDA KAYU BALAK DI SABAH.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.👀👀 Pengebumian keranda kayu balak merupakan salah satu tradisi pengebumian kuno di Sabah. P...